Manchester City telah digantung daripada semua pertandingan yang dianjurkan UEFA untuk dua musim akan datang dan didenda £24.9m kerana “pelanggaran serius” terhadap Financial Fair Play (FFP) dan peraturan pelesenan kelab.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan badan bola sepak Eropah itu, City telah menghantar dokumen yang meragukan dan banyak kesalahan mengenai kewangan kelab dari tahun 2012 hingga 2016.