
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Pulau Pinang mencatatkan peningkatan pagi ini manakala Perlis menjadi negeri terbaharu membuka PPS apabila terdapat mangsa banjir yang dilaporkan malam tadi.
Di Kedah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zulkhairi Zainol Abidin, berkata jumlah mangsa banjir meningkat kepada 2,194 orang setakat 8 pagi tadi berbanding 675 orang pada 5 petang semalam.
Beliau berkata mangsa terdiri daripada 388 keluarga dari enam daerah iaitu Kubang Pasu, Pendang, Kulim, Pokok Sena, Kuala Muda dan Kota Setar yang dipindahkan ke 11 PPS.
“Daerah Pokok Sena paling terjejas dengan 1,000 mangsa daripada 173 keluarga yang dipindahkan ke dua PPS yang mula dibuka semalam manakala di Pendang sebanyak 678 mangsa daripada 43 keluarga…