
KUALA LUMPUR: Mahkamah syariah akan menentukan status perkahwinan ibu bapa penghuni rumah amal dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) kerana sebahagiannya di ‘bin’ kan Abdullah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata hakim mahkamah syariah akan mendengar keterangan lisan dan meneliti dokumen bagi menentukan perkahwinan itu mengikut hukum syarak atau sebaliknya kerana penentuan nasab terletak di bawah bidang kuasanya.
“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tak boleh mendaftarkan anak tadi sebab tak ada dokumen sah yang menyatakan wujudnya perkahwinan sah dan kemudian adanya dokumen perkahwinan sah.
“Jabatan Agama Islam negeri-negeri boleh mengeluarkan sijil pernikahan dan sijil pernikahan yang ada itulah yang membolehkan JPN mendaftarkan…