Ia termasuk video lagu yang ditularkan dan dijadikan parodi oleh segelintir pengguna. Dalam pada itu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan agensi yang bertanggungjawab menyiasat kumpulan berkenaan sekiranya terdapat permintaan.
Menurut laporan Berita Harian, beliau memberitahu antara tindakan yang boleh diambil adalah menurunkan hantaran berkenaan (parodi). Pada masa sama meminta orang ramai mendengar nasihat pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), polis dan lain-lain.
“Kalau kami terima laporan berhubung perkara itu, kami akan ambil tindakan,” katanya selepas melawat Tapak Infrastruktur Komunikasi JENDELA fasa satu di Felda Inas.
Beliau mengulas mengenai tindakan segelintir netizen menjadikan isu melibatkan GISBH sebagai bahan parodi atau jenaka di pelbagai platform media sosial ketika ini.
Sebelum ini lagu nyanyian ahli kumpulan terbabit termasuk melibatkan pengasas Al-Arqam tular di media…