
PUTRAJAYA: Penamatan Mohd Khairuddin Othman sebagai ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) selepas enam bulan dilantik disifatkan perkara biasa, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan punca kontrak Khairuddin yang menggantikan Mohammad Agus Yusoff pada 1 Mac lalu itu ditamatkan.
Fahmi berkata penamatan kontrak yang berkuat kuasa semalam itu mengikut prosedur dan teratur.
“Dalam isu jawatan kontrak mana-mana pelantikan dan penamatan ada prosesnya, ia juga perkara biasa,” katanya pada sidang media.
Fahmi berkata setakat ini jawatan itu belum diisi dan pihaknya belum memastikan sama ada mahu mengisinya secara tetap.
Khairuddin yang juga setiausaha PKR Selangor menggantikan Agus yang meletak jawatan pada November 2023.
Peletakkan jawatan itu menyusul kontroversi perbualan lucah seorang lelaki dipanggil ‘Wahab’…