Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Banjir di Kedah makin pulih

today26 September 2024

Background


pasca banjir kedah
Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan 18 pusat pemindahan sementara masih dibuka di Pendang, Kota Setar dan Pokok Sena. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Banjir di Kedah semakin pulih apabila hanya 1,885 mangsa daripada 593 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini, berbanding 2,366 orang daripada 736 keluarga malam tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, semua mangsa terlibat ditempatkan di 18 PPS di tiga daerah iaitu Pendang, Kota Setar dan Pokok Sena.

Pendang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila terdapat 1,216 orang daripada 365 keluarga ditempatkan di 10 PPS diikuti Kota Setar sebanyak 605 mangsa daripada 203 keluarga di tujuh PPS dan Pokok Sena pula masih terdapat satu PPS dibuka yang menempatkan 64 mangsa daripada 25 keluarga.

Setakat semalam, sebanyak 4,769 mangsa mendaftar keluar daripada PPS.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, aras air di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post