
KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin sumbangan Amazon Web Services (AWS) Wilayah Asia Pasifik (Malaysia) kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara yang dianggarkan RM57.3 bilion boleh dipercepat kepada 2032 daripada 2038.
Ketika berucap pada majlis makan malam penghargaan pelancaran AWS Malaysia Region, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, AWS menjadi rakan pembangunan yang teguh dalam usaha transformasi digital negara.
Beliau berkata, pelancaran AWS Region dengan pelan pelaburan 15 tahunnya menekankan komitmen jangka masa panjang syarikat itu yang tidak berbelah bahagi.
Projek wilayah AWS Malaysia, bernilai RM29.2 bilion, dijangka menjana lebih 3,500 pekerjaan dan menyumbang RM57.3 bilion kepada KDNK negara, antara 2024 dan 2038.
Bagaimanapun, Anwar menyatakan keyakinan bahawa sumbangan itu dapat direalisasikan lebih awal.
Beliau seterusnya…