
PUTRAJAYA: Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina adalah setimpal dengan sifat dan kezaliman mereka terhadap pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 2013.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata ia juga keputusan yang positif kepada negara.
“Mereka ini kita lihat sebagai penderhaka dan mereka telah mewujudkan banyak kejadian yang menyaksikan anggota (pasukan keselamatan) kita menjadi mangsa.
“Bagi saya, apa yang mereka tuntut itu lebih kepada gerakan pengganas. Tuntutan yang mereka buat adalah tuntutan yang tidak wujud selepas Sabah jadi sebahagian dari Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menonton…