Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bersatu patut sedar awal era undi protes sudah tamat, kata penganalisis

today7 October 2024

Background


perhimpunan agung bersatu
Menurut Mohammad Tawfik Yaakub, Bersatu sepatutnya bersuara lebih awal selepas hilang kerusi Nenggiri kepada BN pada PRK Ogos lepas. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Penganalisis berpendapat pengakuan seorang pemimpin Bersatu bahawa partinya tidak lagi boleh bergantung pada undi protes untuk menjadi pemerintah sepatutnya disuarakan lebih awal, sebelum ‘dihukum’ dengan kekalahan teruk pada PRK Mahkota.

Mohammad Tawfik Yaakob berkata, pendekatan disuarakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Wan Saiful Wan Jan itu sepatutnya diuar-uarkan lebih awal bersama tawaran jelas kepada rakyat, yang tidak melihat perkara itu dilakukan oleh Perikatan Nasional (PN).

“Bukan selepas kalah teruk pada PRK Mahkota dengan majoriti lebih 20,000 undi. Ramai pemimpin Bersatu kurang sedar … hanya segelintir seperti Wan Saiful yang dapat cerap serta kecenderungan arah undi orang Melayu.

“Sudah terlambat, sedangkan Bersatu boleh bertindak drastik ubah strategi selepas tewas di PRK Nenggiri tetapi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post

Sukan

MFL nafi dakwaan Perak FC

Kuala Lumpur: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menafikan kenyataan Perak FC yang memaklumkan pasukan itu tidak diberi ruang untuk berbincang mengenai keputusan menangguhkan perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), malam semalam.

today7 October 2024