Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rayuan buruh rogol wanita hamil ditolak, penjara 9 tahun kekal

today9 October 2024

Background


Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengekalkan hukuman penjara 9 tahun dan 3 sebatan ke atas Mohammad Sukri Jaafar, 43, atas kesalahan merogol seorang wanita hamil 7 bulan pada 2019. (Gambar Bernama)

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan hukuman penjara sembilan tahun dan tiga sebatan terhadap seorang buruh yang didapati bersalah merogol seorang wanita hamil tujuh bulan di Kemaman lima tahun lepas.

Hakim Hassan Abdul Ghani menolak rayuan Mohammad Sukri Jaafar, 43, dan memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mohammad Sukri diwakili oleh peguam Muhammad Nadzir Abdullah manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Aisyah Mohamad bertindak bagi pihak pendakwaan.

Pada 16 Jan lepas, Mahkamah Sesyen Kemaman menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohammad Sukri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mengikut tuduhan, Mohammad Sukri didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 20 tahun di kawasan pembuangan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post