Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Budak 12 tahun dilapor hilang ketika ambil makanan di kereta

today9 October 2024

Background


MADRAFATAHA BINTI INDAL BANGSAWAN
Madrafataha Indal Bangsawan, 12, dilaporkan hilang semalam selepas turun dari unit flat didiaminya untuk mengambil makanan di kereta. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan daripada kereta yang diletakkan di bawah sebuah flat di Klang, petang semalam.

Ketua Polis Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 8.59 malam.

Menurutnya, Madrafataha Indal Bangsawan turun ke tempat parkir flat di Bandar Bukit Tinggi 1 itu selepas disuruh ibunya mengambil makanan dalam kereta sekitar 2.20 petang, namun kemudian tidak kembali ke rumah.

“Pada 3 petang, ibu mangsa mencari kanak-kanak itu bagaimanapun tidak menemuinya,” katanya, lapor Bernama.

Cha berkata, ibu mangsa kemudiannya membuat laporan dan IPD Klang Selatan telah membuka kertas enkuiri polis orang hilang bagi siasatan lanjut.

Kanak-kanak itu digambarkan sebagai berbadan kurus, berkulit cerah, rambut di paras…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post