Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 pengikut ‘Tuhan Harun’ terlepas tali gantung

today10 October 2024

Background


Court of Appeal
Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menggantikan hukuman gantung dua lelaki itu kepada hukuman penjara 40 tahun.

PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan Putrajaya menggantikan hukuman gantung dua pengikut “Tuhan Harun” kepada hukuman penjara 40 tahun kerana membunuh ketua penolong pengarah bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) 11 tahun lalu.

Panel tiga hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan permohonan semakan hukuman Sumustapha Suradi, 50, dan Shamsinar Abdul Halim, 47, untuk mengetepikan hukuman gantung mereka.

“Sumustapha dikenakan hukuman penjara itu bermula tarikh tangkap, sementara Shamsinar dikenakan 12 kali sebatan,” kata Tengku Maimun menurut Sinar Harian yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Abang Iskandar Abang Hashim dan Nordin Hassan.

Pada 2016, Mahkamah Tinggi Kuantan menjatuhkan hukuman mati terhadap dua lelaki itu yang didapati bersalah membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters