Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Video Fattah Amin Mahu Jadi Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah Viral Semula

today12 October 2024

Background

Walaupun sudah lima hari kes perceraian melibatkan pasangan popular, Fattah Amin dan Fazura selesai, namun warganet seolah-olah masih belum ‘move on’ dengan ujian yang menimpa pasangan berkenaan.

Fazura

Terbaharu, menerusi perkongsian di TikTok, tular semula video berdurasi lebih empat minit memperlihatkan Fattah Amin sedang ditemu bual menerusi program Borak Dulu Baru Kamu yang dihoskan oleh suami kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai MZ.

Soal Ubai, sekiranya Fattah sudah tidak ada lagi di dunia ini, apakah perkara utama yang dia mahu orang terdekat ataupun peminat ingat mengenai dirinya.

Fattah yang kelihatan tenang bagaimanapun memaklumkan, apa yang diinginkan sebagai seorang insan adalah menjadi Muslim yang baik dan ayah serta suami yang menyayangi anak dan isterinya.

“Bagi saya tugas sebagai selebriti ataupun pempengaruh adalah kita kena pengaruhi orang atau peminat kita untuk jadi baik atau lebih baik.

” Maksudnya, of course kita kena jadi baik dan saya nak orang kenali saya sebagai seorang Muslim yang baik, taat pada perintah Allah SWT, seorang insan, bapa yang menyayangi anaknya, seorang suami yang menyayangi isterinya, seorang artis yang menjadi contoh tauladan yang baik kepada semua peminat.

“Sama macam Aliff Satar buat sekarang ni. Bila dia buat semua orang ikut dan saya memeang respsct dekat Aliff,” ulasnya.

Mengulas lanjut, ketika ditanya apakah nasihat terbaik yang pernah diterimanya, Fattah berkongsi bahawa ayahnya sering mengingatkannya tentang penjagaan solat.

“Ayah saya. Ayah saya paling banyak bagi nasihat berguna pada saya yang ingat dari kecil sampai besar. First, pasal solat. Solat jangan pernah tinggal walaupun sesibuk mana kita jangan pernah tinggal solat kerana solat itu tiang agama.

“Solat tu juga, yang akan menegakkan kita untuk menjadi Muslim yang baik dan sentiasa sharing kepada yang memerlukan. Maksudnya, lebih banyak rezeki kita dapat lebih banyak kita kena bagi dekat family, isteri dan orang terdekat kita.

“Dan, isteri saya selalu pesan always think positive. Ini one thing yang saya nampak pasal Faz selepas kahwin adalah, She’s always thing positive dan saya nampak semua tu dapat dekat dia. Kata-kata tu satu doa dan saya nampak benda tu buat rezeki dia murah sampai sekarang. Alhamdulillah, ” katanya.

Dipenghujung temu bual, Fattah sempat menitipkan pesanan terbaik buat semua peminatnya.

Menurutnya, setiap ujian yang berlaku dalam kehidupan adalah aturan dari Allah SWT dan setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya.

“Dalam hidup ni, akan ada banyak dugaan, cabaran tak kisah kita ni seorang apa… apa sahaja kerjaya yang kita buat sekarang ni, sudah ada cabarannya masing-masing  jadi terpulang pada kita sama ada nak ambil sebagai kritikan atau pun cabaran yang akan buat kita down ataupun kritikan untuk menjadikan diri kita lebih baik.

“Lebih lagi zaman sekaang ni, zaman media sosial, saya tahu semua orang yang baca komen pasal kita mesti akan terguris tapi anggaplah apa sahaja yang terjadi Allah SWTdah tetapkan untuk kita. Bayangkan, kalau orang tak cakap apsal kita, apa kita rasa? Mesti kita akan rasa kita lah bagus. Begitu juga sebaliknya… Sebab Allah nak kita improved, nak kit ajadi lebih baiksebagai manusia dan Muslim, bapa dan suami,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet sebak dengan perkongsian Fattah sekaligus menyifatkan aktor itu sebagai seorang anak, bapa dan suami yang baik.

Malah, ramai yang memuji setiap kenyataan yang diberikan pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini, dia sedikitpun tidak pernah lupa mengenai kebaikan Fazura.

Sumber: TikTok 

Written by: Salma


Previous post