
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus mencatatkan pengurangan malam tadi berbanding petang tadi manakala di Johor dan Perak tidak berubah.
Di Kedah, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata jumlah mangsa banjir menurun kepada 2,170 orang daripada 653 keluarga setakat 8 malam berbanding 2,387 orang daripada 718 keluarga petang tadi.
Kesemua mangsa ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.
“Kota Setar merekodkan mangsa tertinggi iaitu 1,399 orang (417 keluarga) ditempatkan di sembilan PPS, diikuti Pendang 507 orang (139 keluarga) berlindung di dua PPS.
“Sebanyak 148 orang daripada 54 keluarga ditempatkan di dua PPS di Kubang Pasu manakala 116 orang daripada 43 keluarga di satu PPS di Pokok Sena,” katanya dalam…