
KOTA BHARU: Polis mematahkan cubaan menyeludup masuk 20 lelaki warga Myanmar di Palekbang, Tumpat, semalam.
Ketua Polis Tumpat, Mohd Khairi Shafie, berkata anggotanya yang menjalankan rondaan di sekitar jalan itu mengesan sebuah Proton Exora menghala ke arah Kampung Kepulau, Tumpat dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata anggotanya cuba menahan kenderaan itu dengan menggunakan lampu suar serta siren namun pemandu terbabit terus memecut dengan memandu secara berbahaya termasuk melanggar lampu isyarat merah.
“Polis mengekori kenderaan suspek sehingga di Jalan Pasir Pekan dan anggota cuba menahan kereta itu namun pemandu bertindak agresif dengan melanggar kereta polis sehingga menyebabkan berlaku kerosakan pintu hadapan dan belakang.
“Bagaimanapun, kenderaan itu dipandu memasuki ke susur jalan ke Kampung Pohon Tanjung…