Dalam hantaran di Facebook miliknya, beliau berkongsi laporan terkini mengenai kadar jenayah di Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Malay Mail yang dikongsi oleh The Vocket.
“Alhamdulillah. Kelantan tangga kedua negeri paling selamat di Malaysia.
“Kita bersama membina Kelantan Maju Rakyat Sejahtera. Insya-Allah,” tulisnya.
Merujuk laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Malay Mail, Sabah berada mencatatkan indeks jenayah terendah iaitu 95, diikuti Kelantan (96) dan Terengganu (100).
Manakala, nisbah indeks jenayah bagi lima negeri melepasi purata kebangsaan 149, dengan Kuala Lumpur mencatatkan 221, Selangor (196), Kedah (193), Pulau Pinang (193) dan Negeri Sembilan (159).
Dilaporkan, indeks jenayah, yang terdiri daripada jenayah serangan dan harta benda, meningkat 3.2 peratus tahun lepas kepada 52,444 kes berbanding 50,813 kes tahun sebelumnya, dengan nisbah jenayah bagi setiap 100,000 orang meningkat kepada 149 berbanding 146 pada tahun…