
IPOH: Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.
Timbalan Ketua Polis Perak, Zulkafli Sariaat, berkata IPD Gerik menerima dua laporan berhubung kes itu yang berlaku berhampiran kawasan tanah perkuburan kampung berkenaan hari ini.
Dalam kejadian 6.45 pagi pada Isnin lepas, mangsa dilaporkan sedang menunggang basikal dalam perjalanan ke sekolah sebelum sebuah van kelabu berhenti di hadapannya.
Pada masa sama, sebuah lagi van warna putih menggunakan nombor pendaftaran negara jiran menghimpit di bahagian tepi sebelah kanan, serta mengikuti mangsa sehingga hadapan tanah perkuburan.
“Seorang wanita yang dikenali melihat kejadian berkenaan dan memanggil mangsa menyebabkan kedua-dua van berkenaan terus beredar,” katanya dalam…