
PETALING JAYA: Struktur ‘Kabinet bayangan’ Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak kemas dan sempurna tanpa menampilkan bajet alternatif 2025 untuk dibandingkan dengan belanjawan kerajaan perpaduan, kata penganalisis politik.
Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata perancangan itu jika dibentangkan memberi gambaran kemampuannya mentadbir dan menandingi Belanjawan 2025 bernilai RM421 bilion dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, 18 Okt lalu.
“Pelik dan menunjukkan ada sesuatu tidak kemas dalam PN kerana mereka kata mereka mampu menggantikan kerajaan perpaduan.
“Rakyat boleh nilai sama ada kerajaan atau pembangkang lebih berwibawa mengurus fiskal negara,” katanya kepada FMT yang berpendapat PN harus memanfaatkan kelebihan beberapa bekas menteri dalam pimpinannya.
“Meskipun bukan mudah buat bajet alternatif tetapi dalam…