
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta dialami Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata siasatan itu penting memandangkan ia melibatkan isu dana dan kepentingan awam.
“Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk memulakan siasatan kerana perkara ini melibatkan isu dana dan kepentingan awam.
“Jadi siasatan perlu (dilakukan) sama ada terdapat unsur-unsur jenayah atau tidak…atau hal-hal lain berkaitan isu tatakelola,” katanya menurut Astro Awani.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat Isnin lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan…