Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

8 termasuk penuntut universiti ditahan berjudi dalam rumah

today3 November 2024

Background


Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata, permohonan reman terhadap semua yang ditahan akan dibuat esok.

PETALING JAYA: Lapan individu termasuk dua wanita ditahan dalam serbuan polis ketika bermain judi ‘poker’ di sebuah unit pangsapuri studio di Subang Jaya awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata, semua yang ditahan terdiri daripada warga tempatan berusia antara 20 hingga 27 tahun, dengan empat daripadanya penuntut universiti swasta manakala yang lain bekerja sebagai jurujual.

Serbuan dijalankan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, hasil maklumat dan risikan, tambahnya.

“Polis merampas wang tunai berjumlah RM1,700, cip dan meja poker dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu,” katanya, lapor Bernama.

Hussein berkata, permohonan reman terhadap mereka akan dibuat esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Surat DSAT Group minat miliki KDA FC tular di media sosial

Alor Setar : DSAT Group Sdn Bhd melalui anak syarikatnya Mahsuri Medical Centre (MMC) di Jitra mengemukakan cadangan untuk mengambil alih kelab bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini masih menanti pembeli yang bersesuaian terhadap keseluruhan kepentingan yang ditanggung kelab berkenaan.

today3 November 2024