Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook YPKT, tujuan aplikasi tersebut dibangunkan adalah untuk memudahkan rakyat Terengganu mencari pasangan hidup mereka.
Difahamkan, setakat ini perkembangan terbaharu aplikasi tersebut telah mencapai 97% hingga 98%.
“Aplikasi Jodoh Darul Iman dibangunkan oleh Top IT Industries Sdn. Bhd. dan direka khusus untuk memudahkan rakyat Terengganu dalam mencari jodoh secara percuma. Dalam taklimat tersebut, pelbagai penambahbaikan telah dibincangkan bagi memastikan aplikasi ini berfungsi dengan lebih baik dan memenuhi keperluan pengguna.
“Dengan pelaksanaan aplikasi ini, diharapkan dapat membantu masyarakat Terengganu dalam membina hubungan yang lebih baik dan mengukuhkan institusi keluarga di negeri ini,” katanya.