Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Muhyiddin diarah bayar RM1.35 juta kerana fitnah Guan Eng

today8 November 2024

Background


lim guan eng
Reaksi Lim Guan Eng ketika keluar dari Mahkamah Tinggi  selepas hakim memutuskan Muhyiddin Yassin memfitnah beliau berkait isu pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan Muhyiddin Yassin membayar ganti rugi sebanyak RM1.35 juta kepada Lim Guan Eng berhubung kenyataan fitnah berkait isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary.

Pesuruhjaya kehakiman Roz Mawar Rozain berkata bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya terhadap bekas perdana menteri itu berdasarkan keseimbangan kebarangkalian.

“Kenyataan tersebut merendahkan reputasi beliau di mata orang awam,” katanya dalam penghakiman.

Roz Mawar juga memerintahkan Muhyiddin membayar kos sebanyak RM50,000 serta menarik balik kenyataan tersebut dan tidak mengulanginya.

Pada 27 Mac tahun lepas, Lim memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di Facebook melibatkan beliau berhubung isu itu pada 9, 11 dan 12 Mac…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post

Sukan

Chelsea kenduri gol, belasah FC Noah 8-0

London: Enzo Maresca menjelaskan sebab mengapa beliau menggantikan Enzo Fernandez pada separuh masa ketika Chelsea mencatatkan kemenangan besar dengan membelasah FC Noah 8-0 dalam saingan Liga Konferens Europa.

today8 November 2024