
SERDANG: Pavilion Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini dikenal pasti sebagai satu daripada lokasi pilihan untuk lawatan delegasi Asean tahun depan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata ia merupakan pengiktirafan besar bukan sahaja untuk Maha tetapi bagi sektor agromakanan negara secara keseluruhannya.
“Maha telah menjadi platform perdagangan terkemuka bukan sahaja untuk Malaysia tetapi seluruh rantau ini,” katanya ketika berucap pada majlis apresiasi Maha 2024 semalam.
Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi Asean secara rasmi pada 1 Jan 2025.
Maha 2024 yang berlangsung pada September lepas berjaya mencatat 5.5 juta pengunjung, dengan sebanyak 81 Memorandum…