
PETALING JAYA: Tenaga elektrik di tujuh daerah terputus bekalan hari ini telah dipulihkan.
Dalam catatan di Facebook pada 4.35 petang, Sabah Electricity berkata bekalan dipulihkan di Sandakan, Kinabatangan, Beluran, dan Kunak, manakala kerja memulihkan bekalan masih berjalan di Semporna, Lahad Datu, dan Tawau.
Bagaimanapun, dalam kemas kini pada 5.48 petang, syarikat utiliti itu berkata bekalan di tiga kawasan tersebut telah dipulihkan.
Ini bermakna tiga daerah berkenaan tidak mendapat bekalan lebih daripada lima jam, bermula 12.14 tengah hari.
Gangguan bekalan juga menjurus gangguan air di daerah terjejas memandangkan loji rawatan air tidak mampu beroperasi.
Punca gangguan masih belum dikenal pasti.
“Bekalan elektrik di Timur Sabah kembali pulih. Sabah Electricity amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya.
Isnin lalu, Pengerusi Sabah Electricity…