Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anwar tiba di Kaherah untuk lawatan rasmi 4 hari

today10 November 2024

Background


Perdana Menteri Anwar Ibrahim diiringi Perdana Menteri Mesir Mustafa Madbouly sebaik tiba di Kaherah untuk lawatan rasmi. (Gambar Bernama)

KAHERAH: Perdana Menteri Anwar Ibrahim selamat tiba di sini untuk lawatan rasmi empat hari ke Mesir atas undangan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.

Pesawat khas yang membawa perdana menteri serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada 6.30 petang waktu tempatan (12.30 tengah malam waktu Malaysia) dan ketibaan beliau disambut oleh Perdana Menteri Mesir Mustafa Madbouly, Duta Besar Malaysia ke negara itu Mohd Tarid Sufian serta pegawai lain.

Semasa di Dewan Ketibaan Presiden, Anwar memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada 16 anggota tentera Mesir.

Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Huang Tiong Sii…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA