
GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam Kurikulum Persekolahan 2027 bagi menangani isu kehamilan melibatkan remaja yang semakin meningkat.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata perkara itu telah mendapat persetujuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama rentas kementerian bagi menangani isu berkenaan.
“Keprihatinan kita (KPM) sama dengan KPWKM apabila kita bercakap tentang soal kehamilan di luar nikah, kita memberikan tumpuan penuh kepada agenda-agenda pendidikan khususnya yang terkait rapat dengan kesihatan reproduktif.
“Begitu juga dari semasa ke semasa, kita jalankan program berkaitan advokasi yang terkait rapat dengan isu-isu kesihatan reproduktif termasuk program…