
PETALING JAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semakin dalam pemerhatian susulan kelewatannya melaksanakan skim insurans bukan kesalahan sendiri yang diwujudkan untuk melindungi kecederaan dialami pekerja di luar tempat kerja.
Sumber memberitahu FMT, Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK), yang dikenali sebagai pencapaian penting dalam sistem keselamatan sosial negara, telah diluluskan Jemaah Menteri pada Mac tahun ini.
Bagaimanapun, Perkeso masih belum menggubal skim itu, menyebabkan beribu-ribu pekerja yang cedera tidak dilindungi pada 2024.
SKBBK mencerminkan pandangan jauh kerajaan dalam menangani jurang dalam jaringan keselamatan sosial Malaysia, kata sumber itu.
“Apabila persekitaran kerja dan gaya hidup pekerja berkembang, kerajaan mengiktiraf bahawa risiko yang dihadapi oleh pekerja melangkaui tempat…