Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sebar ‘Ajaran Cahaya’ warga Singapura dipenjara 6 bulan, denda RM6,000

today19 November 2024

Background


Mahkamah Tinggi Syariah Seremban
Lelaki warga Singapura Idris Ami dihukum penjara enam bulan dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Seremban atas tiga tuduhan mengajar ‘Ajaran Cahaya’ tahun lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Singapura dipenjara enam bulan dan didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban atas tiga pertuduhan mengajar ajaran salah iaitu ‘Ajaran Cahaya’ yang berlawanan dengan hukum syarak pada tahun lalu.

Idris Ami, 60, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Syarie Zulfikri Yasoa, lapor Harian Metro.

Zulfikri turut mengarahkan tambahan hukuman penjara enam bulan terhadap tertuduh jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama Idris yang bekerja sebagai pemandu forklift itu dituduh menyebarkan sesuatu perbuatan yang berlawanan dengan hukum syarak kepada sekumpulan orang yang dikenali sebagai Kumpulan Cahaya.

Ia dengan membenarkan berpelukan walaupun berbeza jantina dan bukan mahram atas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post