Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa melonjak, 3 lagi daerah Terengganu dilanda bah

today19 November 2024

Background


banjir
Marang, Hulu Terengganu, dan Setiu menjadi daerah baru dilanda banjir, selepas Kemaman petang tadi. (Gambar APM)

PETALING JAYA: Marang, Hulu Terengganu, dan Setiu mula dilanda banjir selepas Kemaman, setakat 10 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), memaklumkan 212 mangsa daripada 54 keluarga kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding hanya 12 di Kemaman, pada 6 petang tadi.

Menurut sekretariat itu, Kemaman mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 97 daripada 22 keluarga yang berlindung di tiga PPS iaitu di Balai Raya Meraga Beris, Dewan Orang Ramai Kampung Labohan, dan Sekolah Kebangsaan Kemasik.

“Ia diikuti Hulu Terengganu dengan 53 mangsa daripada 14 keluarga di tiga PPS iaitu di Balai Raya Kampung Kemat, Balai Raya Kampung Cheting, dan Balai Raya Kampung Bukit Kolam.

“Di Setiu, terdapat 49 mangsa daripada 14 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Langkap manakala di Marang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post