Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Aisha Retno Terima Banyak DM Peguam

today22 November 2024

Background

Susulan pembatalan konsert disaat-saat akhir, penyanyi berbakat Aisha Retno mengaku menerima banyak mesej langsung (DM) daripada peguam yang ingin membantunya berhubung konflik yang berlaku.

Kata Aisha, dia berterima kasih dengan inisiatif yang diberikan, namun buat masa sekarang, pelantun lagu WHUT itu  hanya mahu fokus dengan kerjaya seni dan lagu baharunya yang bakal dilancarkan pada Disember depan.

“Masha-Allah, semoga kalian dimurahkan rezeki. Maaf Aisha tak dapat DM satu-satu lagi.

“Saya akan berhubung dengan anda dalam masa terdekat. Buat masa sekarang, saya hanya mahu fokus mengenai karier seni dan lagu terbaru saya yang akan keluar pada bulan Disember nanti,”katanya.

Meskipun sebelum ini Aisha mengaku telah memaafkan pihak terbabit, namun dia mengaku bakal mendedahkan beberapa bukti baru demi menuntut keadilan.

“More evidences are soon to be spilled, and justice are soon to be prevailed. Inshaa-Allah.

“Saya doakan yang terbaik untuk dia dan semua konsert yang berjaya dia lakukan,” jelasnya.

Sebelum ini, rata-rata peminat terkejut apabila pihak penganjur memaklumkan bahawa konsert sulung Aisha terpaksa dibatalkan dek kerana jualan tiket tidak mendapat sambutan.

ARTIKEL BERKAITAN:”Moga Dia Menjadi Penyanyi Yang Berjaya, Tak Tumpang Populariti Orang Lain &  Hanya Padang Mahsyar Boleh Menjawab”- Aisha Retno

ARTIKEL BERKAITAN:Jualan Tiket Tak Dapat Sambutan, Penganjur Batalkan Konsert Sulung Aisha Retno Malam Sutera

ARTIKEL BERKAITAN:“Makanya Jangan Delusional” – Hantaran Di IG Cetus Tanda Tanya, Yuka Kharisma Tegur Siapa?

Written by: Salma


Previous post