Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Zara Zya Sangkal Dakwaan Dah Kahwin Di Thailand

today4 December 2024

Background

Pelakon, Zara Zya menafikan dakwaan mengatakan dirinya sudah mendirikan rumah tangga di Thailand.

Menerusi platform Threads, Zara mengakui terkejut dengan tuduhan yang dianggap tidak masuk dek akal fikiran itu sehingga membuatkannya sukar untuk melelapkan mata.

“Haihh… tak lena tido saya dibuatnya. Memikirkan tentang rumors yang menyatakan saya telah berkahwin di Thailand. Astaghfirullahalazim.. Berat tuduhan ini. Fitnah! Saya belum berkahwin dan tak pernah pun berkahwin,” tegasnya.

Menjengah ke ruangan balas, ramai yang memberikan sokongan serta menyatakan kepercayaan mereka terhadap Zara.

Terdahulu Zara tidak menyangka kisah peribadinya yang diganggu makhluk halus menjadi sorotan ramai sehingga masih heboh di seluruh platform media sosial.

Perkongsiannya itu menjadi tumpuan ramai terutamanya selepas tular sebuah potongan video podcast tersebut memaparkan suara Zara yang berubah menjadi seram ketika menyebut perkataan ‘iblis’.

Dalam podcast Disebalik Misteri yang dikendalikan oleh usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa bersama Pak Ngah Kun, Zara berkata gangguan mistik itu membuatkan dirinya berperwatakan seperti ular dalam mimpi, selain turut memiliki kebolehan melihat jin dan syaitan.

Bukan itu sahaja, gangguan ghaib tersebut begitu ekstrem sehingga dia pernah ingin membahan kucing sendiri.

Artikel Berkaitan:Lebih 10 Tahun Alami Gangguan Makhluk Halus, Zara Zya Kongsi Keadaan Terkini… – “Pelik Banyak Cerita Mistik Timbul”

Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Gangguan Makhkuk Halus Berpunca Daripada Simpan ‘Benda’, Zara Zya Tampil Bersuara!

Written by: Aqilah


Previous post