
TAIPING: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa mempercepat proses pewartaan tanah lapang awam di kawasan masing-masing bagi mengelakkan disalah guna mana-mana pihak.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, berkata berdasarkan statistik semasa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, terdapat 20,868 hektar tanah lapang awam di seluruh negara yang boleh dibangunkan.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, hanya 39% telah diwartakan.
“PBT kena kemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian supaya dapat diwartakan secepat mungkin kerana kebanyakan tanah lapang awam diserahkan oleh pihak swasta ketika mereka membuat pembangunan sebelum mendapat kelulusan merancang.
“Terdapat tempat yang telah dirizabkan untuk tanah lapang awam dibangunkan sebagai taman, namun jika tidak diwartakan, ia memberi ruang dan peluang untuk disalah guna…