
TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, yang ditemukan mati pada Mac lepas, dipaksa mengaku mencuri selepas dipukul.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu Suddin Tjinke, yang tampil sebagai saksi pendakwaan ke-25 dalam perbicaraan kes bunuh pelajar tersebut.
Semasa disoal balas oleh peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Suddin tidak bersetuju dengan cadangan bahawa mangsa melakukan perbuatan mencuri.
Kamarudin: Adakah kamu setuju berlaku pertengkaran dalam kalangan beberapa pelajar semasa menyoal si mati mengenai perbuatan mencuri?
Saksi: Tidak setuju.
Kamarudin: Adakah kamu setuju bahawa wang yang dicuri oleh si mati telah dijumpai Inspektor Muhammad Sobbri Samian?
Saksi: Saya setuju wang dijumpai tetapi tidak setuju wang…