Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

48 ditahan, sindiket penipuan dalam talian lumpuh

today10 December 2024

Background


Ketua Polis Port Dickson Maslan Udin (tengah) menunjukkan barang yang akan dilupuskan pada Majlis Pelupusan Barang Kes di IPD Port Dickson hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 40 lelaki dan lapan wanita di empat lokasi berasingan di Port Dickson baru-baru ini.

Ketua Polis Port Dickson, Maslan Udin, berkata 35 warga tempatan dan 13 warga asing berusia 19 tahun hingga 40 tahun itu ditahan menerusi Ops Belatuk serta Ops Nuri pada 14 Nov hingga 3 Dis lalu membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, IPK Negeri Sembilan dan IPD Port Dickson.

Beliau berkata, semua suspek sudah didakwa bawah Seksyen 420/120B (2) Kanun Keseksaan.

“Polis merampas 271 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 44 komputer riba pelbagai jenama, 8 kereta pelbagai jenama serta wang tunai RM10,150 dan anggaran rampasan berjumlah RM820,150,” katanya menurut Harian Metro pada Majlis Pelupusan Barang Kes di IPD Port Dickson.

Pada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post