
PETALING JAYA: Penggunaan bahan psikoaktif baharu (NPS) dalam penghasilan dadah menjadi cabaran terbaru kepada polis dalam usaha menangani jenayah narkotik, kata Razarudin Husain
Ketua polis negara berkata, NPS yang diproses dan dijual sindiket pengedaran dadah mempunyai struktur baharu susulan perubahan prinsip kimia.
Beliau berkata, perubahan itu menyebabkan NPS tidak dapat dikesan dan dikenal pasti menggunakan teknik pengecaman dadah yang konvensional.
Katanya, bagi membanteras jenayah narkotik yang semakin kompleks itu pihaknya melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menjalinkan kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menjalankan kajian serta latihan berkaitan.
“Kerjasama itu membabitkan beberapa aspek berbeza bagi membolehkan objektif dicapai,…