
PETALING JAYA: Tengku Zafrul Aziz tidak boleh lari dibayangi ‘warlord’ seperti berlaku dalam Umno jika menyertai PKR, kata penganalisis, yang mungkin menyukarkannya menonjol dalam arena politik.
Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata seperti dalam Umno, PKR juga mempunyai panglima perang yang setia bersama Presiden Anwar Ibrahim sejak di zaman pembangkang.
Mereka antaranya Timbalan Presiden Rafizi Ramli; Naib Presiden Amirudin Shari dan bekas setiausaha agung Saifuddin Nasution Ismail.
Keadaan itu, kata Ariff akan memberi cabaran besar kepada menteri pelaburan, perdagangan dan industri untuk menandingi figura yang lebih senior dalam parti pelbagai kaum itu.
“Sudah tentu akan ada suara-suara tak puas hati,” katanya kepada FMT, sambil berpendapat ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu perlu mempertimbangkan hasratnya sebaik…