Menerusi perkongsian di Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan, doktor tersebut berkongsi situasi ketika dia sedang merawat seorang remaja yang datang ke kliniknya serta ditemani ibu.
Difahamkan, gadis itu datang ke klinik kerana mengalami masalah senggugut.
“Assalamulaikum. Apa khabar? Sakit apa hari ini? Tanya saya. Krik krik krik, dua saat berlalu, pandangan gadis itu masih tertumpu pada skrin telefon berwarna keemasan di tangannya.
“Sesekali tersenyum dan seraya menaip sesuatu. Setelah itu, masih juga tiada jawapan,” tulisnya.
Doktor itu memberitahu remaja berkenaan ditegur ibunya supaya menjawab pertanyaan tersebut, namun dia hanya berkata ‘senggugut’ dan masih sibuk dengan telefon bimbit berkenaan.
Oleh kerana remaja berkenaan sibuk dengan telefon dan lambat menjawab pertanyaannya, doktor tersebut telah mengambil telefon bimbit remaja terbabit dan diberikan kepada ibunya.
“Saya tahu sudi siasat itu penting, tapi saya hanya teruskan pemeriksaan tanpa sebarang bicara kerana…