Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gagal lolos meragut, suspek maut di pintu pagar kem PGA

today28 December 2024

Background


pagar besi
Pagar besi kem Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) tumbang akibat dirempuh motosikal dinaiki suspek peragut. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut dalam cubaan melarikan diri selepas meragut sepasang suami isteri di Jalan Field Force, Batu Kawa, Kuching, tengah hari tadi.

Ketua Polis Padawan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, berkata dalam kejadian sekitar 1.30 tengah hari itu, suspek berusia 32 tahun meragut beg tangan wanita yang sedang membonceng motosikal bersama suami dan anak.

“Suspek bertindak melarikan diri dan merempuh pagar besi Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa Kuching,” katanya dalam kenyataan.

Irwan berkata, pemeriksaan oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian mengesahkan suspek telah meninggal dunia akibat kemalangan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Guardiola belum angkat bendera putih

London: Pep Guardiola menegaskan bahawa dia tidak akan meninggalkan Manchester City yang sedang bergelut dan ketika ini dia sedang berusaha keras menamatkan kemerosotan yang dialami penyandang juara itu.

today28 December 2024