
PUTRAJAYA: Sebanyak 74 kes gagal meletakkan tanda harga khas merah jambu dan satu kes tiada tanda harga, melibatkan nilai kompaun RM8,600 dikesan sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Azman Adam, berkata kesalahan itu dikesan menerusi 2,748 pemeriksaan yang dijalankan terhadap premis runcit, borong dan pengeluar di seluruh negara bermula 23 hingga 27 Dis lepas.
“Berdasarkan pemantauan dan penguatkuasaan KPDN serta maklum balas orang ramai, pelaksanaan SHMMP Krismas 2024 berjalan dengan baik dan lancar.
“Kementerian tidak menerima sebarang aduan semasa pelaksanaan SHMMP Krismas 2024 … tiada kes melibatkan penjualan melebihi harga yang…