
PETALING JAYA: Menjana pendapatan yang mencukupi adalah penting bagi mana-mana kerajaan untuk memenuhi kewajipan memenuhi keperluan rakyat, daripada pembangunan prasarana hingga perkhidmatan kebajikan.
Bagi Malaysia cukai menjadi satu lagi sumber pendapatan, berbanding pinjaman yang hanya akan menambah hutang negara yang sudah mencecah RM1.2 trilion.
Namun, mengenakan cukai amat tidak popular.
Sebaliknya, menurut Belanjawan 2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Oktober, kerajaan Madani merumuskan strategi baharu – membanteras rasuah dan salah urus kewangan.
Rasuah dan salah urus diibaratkan sebagai suatu ‘penyakit’ di Malaysia.
Badan pemikir, Emir Research, menganggarkan negara mengalami kerugian mencapai RM2.3 trilion akibat rasuah dan ketirisan, dari 1997 hingga 2022.
Sebagai andaian, setiap seorang rakyat boleh diberi RM74,000 dengan…