Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki ditahan, polis rampas dadah lebih RM200,000

today3 January 2025

Background


handcuff
Suspek direman hingga 9 Jan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. (Gambar Rawpixels)

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki disyaki ahli sindiket pengedaran dadah dan merampas syabu serta heroin bernilai RM204,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Mertajam, awal pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Hamzah Ahmad, berkata penganggur berusia 39 tahun itu ditahan di hadapan rumahnya pada 4.15 pagi selepas polis bertindak atas hasil maklumat dan risikan.

“Hasil pemeriksaan terhadap motosikal dipercayai milik lelaki itu menemukan satu beg plastik berisi lima bungkusan mengandungi syabu dianggar seberat 6.1 kilogram dan sebungkus heroin seberat 900g,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil siasatan mempercayai sindiket itu aktif dengan kegiatan itu sejak September tahun lepas dengan menjadikan kawasan sekitar Pulau Pinang sebagai pasaran utama.

Katanya, sindiket itu dipercayai memperoleh bekalan syabu dan heroin daripada rangkaian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Dollah, Zainal bakal bertanding kongres pemilihan FAM

Kuala Lumpur: Kongres pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang berlangsung bulan depan sudah pastinya menampilkan elemen kejutan apabila dikhabarkan tiga bekas pemain kebangsaan bakal membuat kemunculan untuk merebut jawatan yang dipertandingkan kelak.

today3 January 2025