
PETALING JAYA: Seorang individu disyaki membayar rasuah bagi meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Agensi antirasuah itu dalam kenyataan berkata penahanan dibuat selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyerahkan individu terbabit kepada pihaknya semalam dengan kertas siasatan dibuka Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.
“Siasatan awal mendapati suspek membuat bayaran rasuah berjumlah ratusan ringgit bagi setiap kenderaan diperiksa, sebagai balasan untuk meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom.
“Penangkapan ini mencerminkan komitmen teguh SPRM dan JPJ dalam memastikan integriti proses pemeriksaan kenderaan terus terpelihara dan bebas daripada sebarang amalan rasuah,” katanya.
30 Dis lalu, JPJ melaksanakan Op Mengejut Puspakom serentak di seluruh negara bermula 9.30…