Menerusi video yang dimuat naik oleh @u.awie, difahamkan DSV sendiri yang menjemput mereka untuk mandi di kolam besar dalam rumah beliau.
Kelihatan beberapa orang pelajar tahfiz tersebut sakan melompat dalam kolam dan bermain bersama.
“Alhamdulillah, kami dijemput oleh DSV untuk mandi di kolam renang rumahnya. Alhamdulillah, syukur banyak-banyak. Terima kasih DSV,” katanya.