Menerusi video TikTok di akaun @cikguhanomtaib, kelihatan seorang guru berkongsi detik-detik cemas selepas pelajar yang masih tidak hadir ketika peperiksaan kertas Sejarah mahu dimulakan.
Dapat dilihat mereka bertungkus-lumus menghubungi pelajar terbabit sehingga telah melakukan puluhan panggilan.
“Awak jangan hadir lewat ke sekolah ya. Banyak perkara cikgu nak urus sebelum awak masuk dewan. Terutama kehadiran, jangan sampai tak hadir SPM tanpa sebab.
“Ramai yang nak kena menjawab untuk awak ni kalau tak hadir. Macam-macam jawapan cikgu nak kena sedia. Apa pun move on dari sejarah. Bersedia untuk matematik pulak ya. Fighting,” pesannya.
Sehingga kini masih tidak diketahui status pelajar terbabit sama ada adakah dia hadir atau tidak pada peperiksaan tersebut.