Tambahan pula bagi mereka yang mempunyai anak kecil yang semestinya perlu menggunakan banyak duit untuk membeli keperluan harian.
Jika hanya suami bekerja dan isteri pula suri rumah, tidak dinafikan agak sukar untuk membayar bil bulanan dan macam-macam lagi.
Namun begitu, baru-baru ini seorang wanita berkongsi caranya membuat simpanan setiap bulan dengan hanya bergantung kepada gaji suami sebanyak RM1,500.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Warga Wilayah, wanita itu membuat kira-kira perbelanjaan bulanan keluarganya.