
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.
Di Pahang, jumlah mangsa banjir di Rompin yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Jawa setakat 8 malam ini meningkat kepada 168 orang daripada 40 keluarga, berbanding 152 orang daripada 36 keluarga petang tadi.
Menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Pantai 3, 4 dan Kampung Jawa.
Di Johor, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 2,584 orang berbanding 3,118 orang direkodkan petang tadi, yang berlindung di 31 PPS di empat daerah terjejas.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan Kota Tinggi kekal mencatatkan…