Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu

today22 January 2025

Background


rabies dog
Stephen Rundi Utom berkata pemilik anjing mesti memastikan haiwan peliharaan mereka divaksin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sarawak menguatkuasakan perintah vaksinasi antirabies baharu selepas usaha memerangi penyakit anjing gila itu masih belum berjaya sepenuhnya, sejak wabak menular pada 2017.

Perintah itu turut menyatakan anjing tidak divaksin dan terdedah kepada rabies akan dibunuh.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Stephen Rundi Utom, yang menandatangani perintah itu hari ini di bawah Seksyen 40(1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar (VPHO), berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

“Pemilik anjing mesti memastikan haiwan peliharaan mereka divaksin. Kegagalan mematuhi perintah ini boleh dihukum denda sehingga RM2,500,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Kapit, Mukah, dan Bintulu telah diisytiharkan zon dijangkiti rabies…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post