Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penganjur himpunan belum serah semula notis, kata ketua polis KL

today24 January 2025

Background


Rusdi Mohd Isa
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa berkata DBKL adalah pemilik yang ditetapkan bagi Padang Merbok dan Dataran Merdeka. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan antirasuah yang dijadualkan esok masih belum menyerahkan semula notis mereka untuk acara itu, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa.

Rusdi berkata penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah masih belum menunjukkan mereka telah mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat perhimpunan itu.

“Penganjur sebelum ini menyerahkan notis itu tetapi tidak lengkap. Kami meminta mereka mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur.

Rusdi turut mempertikaikan dakwaan bahawa DBKL bukan pemilik tempat itu.

Beliau berkata di Kuala Lumpur, Padang Merbok dan Dataran Merdeka telah diwartakan sebagai tempat perhimpunan dan DBKL adalah pemilik ditetapkan bagi tempat itu.

Bagaimanapun, beliau berkata polis…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf


Previous post