Menerusi video perkongsian di TikTok @rumahkucingifan2, kelihatan dia berkongsi telah menemui seekor kucing yang mengalami sakit kulit yang teruk.
Malah, dapat dilihat kucing itu juga mempunyai masalah kaki sehingga menyukarkan untuk berjalan seperti kucing yang lain.
Oleh kerana kasihan, dia mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah dan menjaganya. Lelaki itu menamakan kucing berkenaan sebagai ‘Petong’ dan dia sering membawa Petong ke klinik haiwan untuk dirawat.
Hari demi hari, kulit Petong dilihat semakin pulih. Hasil daripada ubat dan rawatan, Petong akhirnya bertukar menjadi kucing yang sihat, berbeza dengan keadaannya yang dijumpai sebelum ini.
Di ruangan komen netizen turut memuji tindakannya yang baik hati kerana sanggup merawat kucing berkenaan sehingga sembuh.
Lihat antara komen-komen netizen di bawah: