
KUALA LUMPUR: Perancangan pembangunan bandar di Malaysia perlu mempertahankan identiti negara ini terutamanya dalam aspek kesenian dan kebudayaan, walaupun menggunakan teknologi canggih.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata selain mengutamakan perancangan yang teratur dan tersusun, bandar di negara ini juga wajar dikenali dengan corak serta keunikannya tersendiri berbanding kota besar lain seperti London dan Jepun.
Selain itu, beliau berkata perancangan bandar juga perlu mengambil kira persekitaran hijau dan keselesaan rakyat, agar tiada jurang dalam kalangan masyarakat.
“Kita perlu jadikan Malaysia ini susuk bandarnya yang unik dan tersendiri, jadi saya gesa saudara (perancang bandar) beri perhatian lebih, supaya barulah boleh kita bangga dengan pembangunan yang menyeluruh.
“Ini cabaran buat saudara, apa…